PROFIL SEKOLAH

Pengenalan Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Puteri mengalami beberapa perkembangan sejak penubuhannya.  Antaranya ialah seperti berikut:-
(a) Pada 18 April 1967, ‘Board of Governors’ telah diwujudkan dengan Encik S. Vallipuram sebagai ketuanya.
     (b)Lembaga Pengawas Sekolah telah mula diperkenalkan di
          sekolah ini pada tahun 1968 dan kekal sehingga sekarang.
(c)Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada
    25 April 1974.
(d)Puan Habibah Bt Abdul Aziz yang merupakan pengetua pada
     tahun 1978 mencipta lagu sekolah dengan seni katanya.
(e)Pada tahun 1979 dengan rasminya nama sekolah ditukarkan
     kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Puteri, Ipoh dan
     kekal sehingga hari ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Visi Sekolah
Menjadikan SMK Seri Puteri, Ipoh cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Misi Sekolah
Kami warga SMK Seri Puteri, Ipoh akan memastikan misi berikut dilaksanakan :
1.     Memastikan kecemerlangan akademik dengan merangsang pembelajaran melalui kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran asertif, kemahiran mengendalikan teknologi maklumat bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dalam PMR, SPM dan STPM.
2.    Menghasilkan kecemerlangan kokurikulum dengan menggalakkan penyertaan yang aktif dalam sukan dan persatuan bagi melahirkan pelajar yang berprestasi tinggi seterusnya mewakili negeri dan negara.
3.    Memastikan kecemerlangan sahsiah dengan memupuk sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, daya saing yang sihat dan daya juang yang tinggi dalam kalangan warga SMK Seri Puteri.
4.    Memastikan kecemerlangan pengurusan dengan meningkatkan profesionalisme guru dan staf sokongan melalui program perkembangan staf serta menyediakan prasarana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Slogan
                                     Satu Tekad, Satu Rentak, Satu Wawasan

  ----------------------------------------------------------------------------------------------
 Piagam Pelanggan
Demi menghakikatkan pengisian wawasan pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Dengan ini kami berikrar :
1.    Memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi, iltizam, menepati masa, produktif dan berkualiti dalam suasana yang mesra.
2.    Melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pencetusan idea yang bernas dan peningkatan prestasi yang berterusan.
3.    Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berbudi pekerti mulia, beriman dan berketrampilan.
4.    Mewujudkan semangat prihatin dan penyayang dalam kalangan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar.
5.    Menghasilkan suasana persekitaran yang bersih, selamat, indah, selesa dan menyeronokkan
---------------------------------------------------------------------------------------------
                                                   Sejarah Sekolah
(1965 – 1993)

          Sekolah Menengah Seri Puteri ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1965.  Pada ketika itu ia dikenali sebagai “Lower Secondary School (G) Coronation Park, Ipoh”.  Lokasi awalnya ialah di Sekolah Menengah Tarcisian Convent di sesi petang dengan sepuluh buah kelas.  Kemudiannya, empat buah kelas dipindahkan di Methodist Girls’ School, Ipoh. Kedua-dua sekolah tersebut telah mengambil nama Sekolah Menengah Rendah (P) Sungai Pari.

          Sekolah ini menduduki bangunan tetapnya pada 19 Januari 1966.  Bangunannya Blok A dan B telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu, Encik Mohd Khir Johari pada 13 Januari 1969.

          Pejabat sekolah, bilik guru dan bilik-bilik darjah terdapat di Blok A. Blok B menempatkan sebuah Makmal Sains, Bilik Masakan, Bilik Jahitan, Bilik Sembahyang, dua buah bilik darjah dan bilik tandas.

          Blok C yang didirikan pada tahun1973 mengandungi sebuah Bilik Lukisan, dua buah Bilik Masakan, sebuah Makmal Sains, setor SPBT, Pusat Sumber, bilik APD dan tiga buah bilik darjah serta sebuah bilik bahasa dan Bilik Tayangan.

          Pada bulan April 1981, sebuah lagi bangunan iaitu Blok D, setinggi tiga tingkat siap dibina.  Bangunan tersebut dilengkapi dengan tiga buah makmal sains tulen, lapan buah bilik darjah, dua buah bilik setor serta tandas-tandas guru dan para pelajar.

          Blok E yang telah siap dibina pada bulan Disember 1991 mengandungi dua belas buah bilik darjah dan dua buah bilik tandas pelajar. Bilik Pengawas juga terletak di bangunan tersebut.

          Pada 11 Ogos 1993 sebuah bengkel Kemahiran Hidup telah dibina selari dengan Blok E.  Selain itu, terdapat juga kantin, Dewan Serbaguna, tempat letak kereta dan basikal dan sudut bacaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


 LAGU SEKOLAH

Bergerak maju puteri semua
Rajin usaha bersama
Tinggikan semangat belajar
Mesti tekun dan sabar

Melangkah maju bina bangsa
Negara yang tercinta
Patuh rukun dan taat setia
Hidup aman sentosa

Jujur dan hormat tunjukkan jasa
Pada Negara kita
Gunakan ilmu setiap masa
Kita pasti Berjaya


 ------------------------------------------------------------------------




No comments:

Post a Comment