Tuesday 30 October 2012

Selamat Pengantin Baru

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat guru kita iaitu Cik Nirmala yang telah bertukar menjadi Pn Nirmala.....semoga berbahagia buat selama-lamanya.

Jangan marah, ya...Pn Nirmala...sebab mengambil gambar ini daripada fb ..sekali lagi diucapkan tahniah..

Sekitar Jamuan Di Hotel Riverfront



Ketibaan semua staf SMK Seri Puteri termasuk guru2 lama yg sudi dtg ke jamuan ini.

Bahagian Pendaftaran..

"Orang kuat Kelab Guru 2012"

Pengacara pada tahun ini...En Lim & Pn Asmaliza.

Pengerusi Kelab Guru 2012...Pn Fadzilah.

Queen SMK Seri Puteri 2012....Pn Fujaiyah (2 kali menang)

Memandangkan tempat King tidak dipenuhi, Queen seorang lagi dipilih iaitu Pn Siti Nabiela....tahniah...

Gambar-gambar sekitar majlis ini boleh dilihat di facebook sekolah, ya....

Saturday 13 October 2012

Jamuan (Guru)

Jangan lupa jamuan guru pada 15 Okt 2012 (Isnin) di Hotel Riverfront pada pukul 7.30 malam, ya. Tema tahun ini adalah warna biru. Jumpa di sana, ya. Memandangkan kita tidak dapat menonton slide show yang telah disediakan oleh Pn Asmaliza (salah seorang AJK Kelab Guru 2012) semasa jamuan...kita tonton sahaja di sini, ya..



Wednesday 10 October 2012

Pizza Hut Voucher

Yahoo!......Free pizza for the students, the English teachers & also other teachers who are involve in this NIE activity (one of the English activity in this school). 

Thanks to our Panel Head, Pn Khairunniza.....



 

NEXT YEAR WE WILL GET THE VOUCHERS AGAIN....RIGHT, PN KHAIRUN?

Majlis Penutupan NILAM

Pada 1 Okt, Majlis Penutupan NILAM telah diadakan bagi menghargai pelajar-pelajar yang membuat NILAM & memberi penghargaan kepada Tokoh NILAM peringkat sekolah iaitu Poovarasi  a/p Krusnamurthy (4A) yang telah berjaya ke peringkat PKG seterusnya ke peringkat Daerah.

Sebelum majlis hari Isnin..diberikan sijil penghargaan kepada yang layak sahaja...



Ucapan Ketua NILAM 2012; Hemleen...


TOKOH NILAM 2012; POOVARASI A/P KRUSNAMURTHY


Menerima hadiah buku "Chicken Soup"


Penyerahan Tugas Rama Rubaa; Ketua Pengawas Pusat Sumber 2012 kepada Deva Priya; Ketua Pengawas Pusat Sumber 2013..

Jamuan Akhir Tahun Pelajar

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Majlis Ketua Tingkatan, Pembimbing Rakan Sebaya & Koperasi bergabung mengadakan jamuan akhir tahun di Hotel Excelsior pada hari Khamis (27 Sept) pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Tahun ini giliran Koperasi menganjurkannya.









Tuesday 9 October 2012

Karnival Kokurikulum

Karnival Kokurikulum SMKSP Ipoh telah diadakan pada hari Rabu (26 Sept) daripada pukul 10 pagi hingga 4 petang. 10 pagi bermulanya Perkhemahan Unit Beruniform manakala karnival bermula 1.30 petang. Tahniah diucapkan kepada semua guru & pelajar yang terlibat di dalam menjayakan karnival ini.  Di bawah ini gambar-gambar sepanjang Karnival :-
PK Kokurikulum & Ustazah Noorani sedang memerhatikan pelajar Puteri Islam menghidupkan api.


Pn Ainin & anak-anak buahnya (PBSM) sibuk menyediakan makanan.


Sibuk memasang khemah


Ketibaan juri-juri.....tabik hormat untuk PK Ting 6...


Juri-juri (GK Kemanusiaan & Vok) sedang memberikan markah...


Pelbagai permainan dijalankan di dalam dewan yang dikendalikan oleh guru-guru Persatuan & pelajar-pelajar.







Thursday 4 October 2012

PMR 2012

Warga sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR pada 9 Okt 2012 - 16 Okt 2012. Semoga anda memperolehi kejayaan yang akan membanggakan sekolah.

Monday 1 October 2012

Blog Bahan Mengajar

Untuk pengetahuan semua guru, sila layari http://pkgsgparie-bahan.blogspot.com/ yang dikendalikan oleh PKG Sungai Pari untuk maklumat bahan mengajar dan juga pelbagai koleksi yang dikongsi bersama. Cikgu-cikgu boleh download mana-mana yang berkenaan melalui blog ini.