Tuesday 25 December 2012

Mesyuarat Guru 1 (2013)

Mesyuarat Guru akan diadakan pada 26 Disember & 27 Disember 2012.  Semua kehadiran guru adalah diwajibkan.  Mesyuarat pada 26 Dis akan diadakan pada pukul 9.00 pagi tetapi sarapan pagi akan diberikan kepada semua guru pada pukul 8.30 pagi.

Selamat Datang Guru-Guru Baru

SMK Seri Puteri akan menerima guru-guru baru seperti:-

1.  Pn Noorizan Bt Mior Nazri (PK Kokurikulum...menggantikan Pn Shamani)
2.  Pn Norazimah Bt Yaman
3.  Pn Roziah Bt Yahya
4.  Pn Salmi Bt Aziz
5.  Pn Siti Ropidah Bt Kemuradin
6.  Pn Suhaida Bt Azis
7.  Pn Suraini Bt Samsuddin
8.  Pn Surainie Bt Muhamad Nordin
9.  Pn Zuraidah Bt Othman
10.En Gee Kheng Chuan

Pertukaran Guru

Pn Shamani (Pen Kanan Kokurikulum) ditukarkan ke SMK Seri Ipoh sebagai Pen Kanan Kokurikulum setelah setahun berada di sekolah kita. Selamat bertugas ke sekolah baru.

Monday 5 November 2012

Selamat Bertugas Di Sekolah Baru

Adakah ini berita gembira atau sedih? Walaubagaimanapun, sekolah kita akan kehilangan guru-guru yg berdedikasi kerana pertukaran mereka telah berjaya. Kpd guru-guru yg tidak berjaya menerima pertukaran, khidmat anda masih diperlukan di sekolah ini, ya.

Selamat tinggal buat :-
















Pn Hajah Suraya Rakhisah Bt Mohd Shafiee (Guru Matematik, Guru Puteri Islam & Setiausaha Peperikssan SPM) telah mendpt tukar ke SMK Megat Khas.













Pn Amutha a/p Vassu (Kaunselor Sekolah & Guru Bahasa Tamil) telah mendpt tukar ke SMK Lahat.















Pn Nurul Huda Bt Abd Hadi (Guru Perdagangan & Guru Koperasi) telah mendpt pertukaran ke Ng Kedah.















Pn Hedayah Bt Ab Majid (Guru KH & Guru ICT) telah mendpt pertukaran ke Ng Johor.










Jasa cikgu-cikgu tidak akan dilupakan oleh kami....terima kasih di atas bakti dan sumbangan anda di sekolah ini....semoga Tuhan membalas jasa-jasa anda. Semoga anda tidak lupakan kami di sini dan selamat berkhidmat di sekolah baru.


Guru Penyayang

3/11/2012 - Selamat Hari Jadi kepada Pn Hajah Rozabaniah Bt Saidin; Pengetua SMK Seri Puteri, Ipoh... semoga beliau dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Untuk itu, Pengawas Sekolah telah merancang untuk menyambut hari jadi beliau beserta dgn seorg pelajar yg juga menyambut hari jadinya pada hari ini (5/11/12).

Persiapan Sambutan Hari Jadi Oleh Pelajar-pelajar Di Dewan Sekolah

Pengerusi Majlis - Ketua Pengawas Sekolah 2013; Poovarasi

Ketua-ketua kelas 2012 memegang bunga utk dihadiahkan kpd Pengetua

Pengetua sedang meniup lilin bersama dgn pelajar yg menyambut hari lahirnya pd hari ini (5/11/12)

Pn Wan Teh Hanisa juga dipanggil ke pentas kerana hari jadinya pd bulan yg sama.

Menerima sejambak bunga drpd Pn Ummi Latifah; PK Pentadbiran



SPM 2012

Kami warga SMK Seri Puteri Ipoh ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pelajar2 yg menduduki peperiksaan SPM 2012. Semoga anda mendpt keputusan yg akan membanggakan sekolah. Tidak lupa juga kpd semua guru yg bersusah payah di dalam mendidik anak2 Seri Puteri Ipoh.

Tuesday 30 October 2012

Selamat Pengantin Baru

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat guru kita iaitu Cik Nirmala yang telah bertukar menjadi Pn Nirmala.....semoga berbahagia buat selama-lamanya.

Jangan marah, ya...Pn Nirmala...sebab mengambil gambar ini daripada fb ..sekali lagi diucapkan tahniah..

Sekitar Jamuan Di Hotel Riverfront



Ketibaan semua staf SMK Seri Puteri termasuk guru2 lama yg sudi dtg ke jamuan ini.

Bahagian Pendaftaran..

"Orang kuat Kelab Guru 2012"

Pengacara pada tahun ini...En Lim & Pn Asmaliza.

Pengerusi Kelab Guru 2012...Pn Fadzilah.

Queen SMK Seri Puteri 2012....Pn Fujaiyah (2 kali menang)

Memandangkan tempat King tidak dipenuhi, Queen seorang lagi dipilih iaitu Pn Siti Nabiela....tahniah...

Gambar-gambar sekitar majlis ini boleh dilihat di facebook sekolah, ya....

Saturday 13 October 2012

Jamuan (Guru)

Jangan lupa jamuan guru pada 15 Okt 2012 (Isnin) di Hotel Riverfront pada pukul 7.30 malam, ya. Tema tahun ini adalah warna biru. Jumpa di sana, ya. Memandangkan kita tidak dapat menonton slide show yang telah disediakan oleh Pn Asmaliza (salah seorang AJK Kelab Guru 2012) semasa jamuan...kita tonton sahaja di sini, ya..



Wednesday 10 October 2012

Pizza Hut Voucher

Yahoo!......Free pizza for the students, the English teachers & also other teachers who are involve in this NIE activity (one of the English activity in this school). 

Thanks to our Panel Head, Pn Khairunniza.....



 

NEXT YEAR WE WILL GET THE VOUCHERS AGAIN....RIGHT, PN KHAIRUN?

Majlis Penutupan NILAM

Pada 1 Okt, Majlis Penutupan NILAM telah diadakan bagi menghargai pelajar-pelajar yang membuat NILAM & memberi penghargaan kepada Tokoh NILAM peringkat sekolah iaitu Poovarasi  a/p Krusnamurthy (4A) yang telah berjaya ke peringkat PKG seterusnya ke peringkat Daerah.

Sebelum majlis hari Isnin..diberikan sijil penghargaan kepada yang layak sahaja...



Ucapan Ketua NILAM 2012; Hemleen...


TOKOH NILAM 2012; POOVARASI A/P KRUSNAMURTHY


Menerima hadiah buku "Chicken Soup"


Penyerahan Tugas Rama Rubaa; Ketua Pengawas Pusat Sumber 2012 kepada Deva Priya; Ketua Pengawas Pusat Sumber 2013..

Jamuan Akhir Tahun Pelajar

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Majlis Ketua Tingkatan, Pembimbing Rakan Sebaya & Koperasi bergabung mengadakan jamuan akhir tahun di Hotel Excelsior pada hari Khamis (27 Sept) pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Tahun ini giliran Koperasi menganjurkannya.









Tuesday 9 October 2012

Karnival Kokurikulum

Karnival Kokurikulum SMKSP Ipoh telah diadakan pada hari Rabu (26 Sept) daripada pukul 10 pagi hingga 4 petang. 10 pagi bermulanya Perkhemahan Unit Beruniform manakala karnival bermula 1.30 petang. Tahniah diucapkan kepada semua guru & pelajar yang terlibat di dalam menjayakan karnival ini.  Di bawah ini gambar-gambar sepanjang Karnival :-
PK Kokurikulum & Ustazah Noorani sedang memerhatikan pelajar Puteri Islam menghidupkan api.


Pn Ainin & anak-anak buahnya (PBSM) sibuk menyediakan makanan.


Sibuk memasang khemah


Ketibaan juri-juri.....tabik hormat untuk PK Ting 6...


Juri-juri (GK Kemanusiaan & Vok) sedang memberikan markah...


Pelbagai permainan dijalankan di dalam dewan yang dikendalikan oleh guru-guru Persatuan & pelajar-pelajar.







Thursday 4 October 2012

PMR 2012

Warga sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR pada 9 Okt 2012 - 16 Okt 2012. Semoga anda memperolehi kejayaan yang akan membanggakan sekolah.

Monday 1 October 2012

Blog Bahan Mengajar

Untuk pengetahuan semua guru, sila layari http://pkgsgparie-bahan.blogspot.com/ yang dikendalikan oleh PKG Sungai Pari untuk maklumat bahan mengajar dan juga pelbagai koleksi yang dikongsi bersama. Cikgu-cikgu boleh download mana-mana yang berkenaan melalui blog ini.

Sunday 23 September 2012

Mesyuarat Guru

Mesyuarat Guru akan diadakan pada hari Isnin (24 September 2012) pada pukul 1.45 di Bilik Gerakan. Kehadiran adalah diwajibkan.

Bulan Kemerdekaan 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Gambar sekitar majlis penutup bulan kemerdekaan :-

Banner


Ucapan Pengetua




Persembahan Pelajar-Pelajar SMKSP

Nyanyian Lagu Jalur Gemilang & Keranamu Malaysia


Laungan Merdeka oleh Encik Kwan


Guru-guru sempat bergambar selepas laungan merdeka.....

Tahniah kepada semua AJK Bidang Kemanusiaan kerana menjayakan program bulan kemerdekaan dengan jayanya...